Pensijilan
​GARIS PANDUAN PENSIJILAN KHIRRIJ (GRADUAN) MADTLAB:
​
-
Setiap bakal graduan (Pengajian Islam dan Bahasa Arab dan Pengajian al-Tajwid wa al-Qiraat) pada setiap tahun dikehendaki mengisi borang maklumat diri untuk kegunaan Lajnah Syahadah.
-
Setiap bakal graduan (Pengajian Tahfiz) dikehendaki mengisi borang maklumat diri sebelum mengambil peperiksaan Syahadah 30 Juzuk Al-Quran.
-
Semua jenis sijil (asli) hanya akan diberikan kepada semua graduan yang telah mengisi borang maklumat diri pada tarikh 15 Syaaban iaitu selepas tamat pengajian madrasah bagi tahun tersebut.
-
Pihak madrasah akan menanggung keseluruhan kos pensijilan asli graduan-graduan MADTLAB.
-
Sijil/syahadah asli hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi setiap graduan yang menamatkan pengajian di MADTLAB.
-
Setiap graduan dikehendaki menurunkan tandatangan pada Buku Daftar Ambil Syahadah terlebih dahulu sebelum mengambil sijil/syahadah.
-
Sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa jua bentuk kemusnahan yang berlaku ke atas sijil asli disebabkan oleh kecuaian graduan atau bencana alam adalah merupakan tanggungjawab graduan sendiri.
-
Setiap graduan yang ingin mendapatkan salinan sijil/syahadah dikehendaki membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan keizinan daripada Mudir MADTLAB.
-
Setiap salinan sijil/syahadah akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 bagi kali pertama dan RM50.00 bagi kali yang berikutnya.
-
Salinan sijil/syahadah akan dikeluarkan selepas seminggu (hari bekerja) dari tarikh permohonan keizinan dibuat.
-
Semua urusan tandatangan Masyaikh Daurat al-Hadis (bagi graduan Pengajian Islam dan Bahasa Arab) hendaklah dibuat pada waktu rasmi madrasah sahaja.
-
Selain daripada perkara-perkara di atas, pihak madrasah berhak meminda atau menambah sebarang garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan.