top of page

Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Madrasah MADTLAB?

Apakah itu Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Madrasah MADTLAB ( pengajian kelas Alimah Lil Banat) ?


Ringkasan Pengajian Kelas Alimah, selama 6 tahun di Madrasah MADTLAB.



Perkara penting yang paling ditekankan adalah:


1) Adab-adab seorang pelajar


2) Tarbiyah supaya menjadi seorang pelajar yang berakhlak



TAHUN SATU

Pelajar ditekan kepada asas Bahasa Arab, terutamanya Ilmu Nahu dan Sorof. Ini adalah kerana untuk memahami terjemahan Al-Quran dengan betul, Ilmu yg paling asas yg mesti ada ialah Ilmu Nahu dan Sorof. Melalui Ilmu Nahu pelajar dapat tahu perubahan akhir baris dalam Bahasa Arab. Disamping itu, melalui Ilmu sorof pula pelajar dapat mengetahui asal perkataan dalam Bahasa Arab. Dua cabang ilmu ini adalah asas untuk memahami seni Bahasa Arab. Tidak ketinggalan juga Ilmu Jawi dan Tahsinul Al-Quran (memperbaiki bacaan Al-Quran) serta Tajwid, Asas Feqah, Tauhid dan Sirah


TAHUN DUA

Pelajar akan belajar lebih mendalami Bahasa Arab terutama Ilmu Nahu dan Sorof ke peringkat lebih tinggi. Disamping itu, pelajar akan belajar pada peringkat lebih tinggi seperti Feqah, Tauhid, Tasawwuf (kelas mingguan), Terjemahan Al-Quran, Sirah Feqah dan Tajwid. Dalam tahun kedua juga, semua kitab-kitab yang digunakan adalah dalam Bahasa Arab (kecuali Tajwid dalam Tulisan Jawi). Pada peringkat ini juga, pelajar sudah mula dilatih untuk membaca Kitab Arab tanpa baris dengan menggunakan kemahiran ilmu Nahu dan Sorof yang dipelajari semasa di Tahun Satu.


TAHUN TIGA

Pada peringkat ini, pelajar sudah mula mempelajari Ilmu Islam pada peringkat lebih tinggi, terutama Ilmu Feqah dan Tauhid. Pada masa yang sama, pelajar masih juga masih meneruskan pelajaran Ilmu Nahu secara lebih praktikal dan mula menerokai keindahan logika yang terkandung dalam Bahasa Arab dengan Ilmu Mantiq, serta mula mempelajari Ilmu Hadis dengan lebih serius (Kitab Riadhus Salihin). Seterusnya, dengan pengenalan kepada istilah-istilah penting dalam Ilmu Hadis dengan Ilmu Mustalahal Hadis. Di Tahun Tiga ini juga, semua kitab-kitab yang digunakan adalah dalam Bahasa Arab, sebahagiannya tanpa baris. Dengan itu, pelajar akan terus dilatih untuk membariskan kitab Bahasa Arab yang tanpa baris dengan kemahiran Ilmu Nahu dan Sorof.


TAHUN EMPAT

Pada Tahun Empat, dipanggil juga sebagai tahun Mauquf A'laih (perhentian atau pertengahan daripada satu era pengajian kepada satu era pengajian yang baru) iaitu Pengajian Ilmu Syariah Islam sudah bermula dengan kiatb-kitab ulama silam yang muktabar seperti dalam Ilmu Feqah, Usul Fiqh (Qaedah dan asal usul Ilmu Feqah yang berasal daripada Al-Quran dan Hadis), Faraidh (pembahagian harta pusaka), Tafsir Al-Quran, Kitab Hadis Misykatul Masobih, Tafsir (Syarah Jalalain) dan lebih mendalami keindahan dan kesempurnaan Bahasa Arab dengan Ilmu Balaghah. Tambahan lagi, pada Tahun Tiga dan Empat, pelajar-pelajar akan menggunakan sepenuhnya kemahiran Ilmu Nahu dan Sorof yang dipelajari semasa Tahun Satu dan Dua untuk memahami Kitab-Kiab Arab yang Muktabar. Dengan itu, pelajar lebih memahami keindahan bahasa Arab dan Syariah Islam kerana dengan memahami keindahan Bahasa Arab dan Syariah Islam adalah maksud sebenar kepada memahami makna-makna Al-Quran.


TAHUN LIMA dan TAHUN ENAM

Seterusnya, pada Tahun Lima dan Enam, pengajian akan tertumpu dan memfokuskan Kitab-Kitab Hadith yang Muktabar (Sihah Sittah) bertalaqqi secara Dirayatan دراية (Syarahan Hadith mengikut Qawaidul Fiqhiyyah Imam-Imam Mazhab serta Tarjih kepada Mazhab As-Syafii) dan secara Riwayatan رواية iaitu dengan secara bersanad iaitu rantaian nama-nama guru dan perawi sehinggalah kepada pengarang kitab, ulama-ulama Muktabar (Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi dan lain-lain) dan seterusnya sanad sampai kepada Rasulullah S.A.W. Para pelajar juga akan diajar untuk mendalami Ilmu Tasawuf (pembersihan hati).



KELAS MINGGUAN


-Kelas Mingguan (Kelas Umumi) diadakan untuk pelajar membincangkan dan mendalami lagi hukum-hakam mengenai darah wanita (Haidh, Nifas dan Istihadah). Disamping itu, Ilmu Tasawuf (pembersihan hati, adab-adab sunnah dan akhlak juga akan diajar.

KEMAHIRAN TAMBAHAN


-Pelajar perempuan juga akan diajar memasak, bakery(dalam perancangan), asas-asas penggunaan komputer (microsoft office, microsoft excel, microsoft word) dan kursus menjahit (untuk pelajar yang telah tamat). -Pelajar Tahfiz lelaki akan diajar juga bidang seni suara Qasidah dan Pendawaian Elektik(dalam perancangan).


Pengajian yang ditawarkan di Madrasah MADTLAB:

1) Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa untuk LELAKI dan PEREMPUAN


2) Pengajian Islam dan Bahasa Arab(Alimah) untuk PEREMPUAN sahaja.

You Might Also Like:
A4
A12
A16
A15
A9
A5
A8
A3
A2
Contoh 13
A13
Contoh 12
Contoh 3
About Madrasah

Madrasah Diraasatid Deeniyyah Wat Tarbiyah Lil Banat (MADTLAB)

Alamat: No.47, Jalan Kempadang Perdana 2, Perkampungan Kempadang Perdana, 25150, Kuantan, Pahang.

Email: madrasahmadtlab@gmail.com

Tel: +060169215083

Waktu Urusan:

Isnin-Jumaat: 8:00am-12:00pm
 

 

Read More

 

Peta Lokasi
Search by Tags

© Prepared  by : Bastian Wybar

bottom of page